Working with Pizza Hut

Back with me again guysss! Kali ni nak cerita pengalaman kerja dekat Pizza Hut. Biasa lah orang baru habis SPM kan mesti bosan gila duduk rumah. So aku dengan Sha decide untuk cari kerja dekat Pusat Bandar sebab tu jela tempat yang dekat dengan rumah. Actually kitorang dah cari kerja ni before aku gerak pergi KL lagi. Sampai sampai je Pusat Bandar tu kitorang terus masuk Pizza Hut cakap nak cari kerja. Manager tu pulak (Madam Su) terus interview kitorang tau hahahah terkejut gila dia terus nak interview. Alhamdulillah everything went well for us. Tak mencabar langsung soalan interview. After that dia cakap boleh masuk kerja 26/1 nanti which is 2 days after aku balik dari KL.

Then kitorang lepak KFC sebab cam happy la kan dah dapat kerja.


Duduk KFC tapi minum coolblog lol

So sehari sebelum kitorang masuk kerja, kitorang pergi settlekan EPF apa jadah semua tu. Pelik jugak sebab Along kata biasanya benda tu manager yang buat tapi kitorang pun tak tau la kenapa dia suruh kitorang buat sendiri. 

This picture was taken after kitorang dah settle dengan EPF tu. 

26/1 - It was our first day of work!! Excited gila sebab jakun an tak pernah kerja. Patutnya masuk pukul 12 tapi 1130 dah ada kat Pusat Bandar. 


Masa first day tu manager terus ajar la macam mana nak buat itu ini. Macam mana nak buat air. Tapi tak boleh amik order lagi sebab tak hafal menu. Aku ambik masa jugak la nak fahamkan menu tu sebab dari dulu kalau order pizza pun aku tak reti sebab tak faham menu. So bila dah faham menu tu senang sikit la nak ambik order apa semua.

Cabaran selain nak hafal menu tu ialah aku kena ingat cara buat segala jenis air kat situ. Awal awal tu memang of course la akan refer recipe books kan. Tapi alhamdulillah la dah 4-5 hari camtu aku dah boleh ingat. 

Oh tak lupa jugak cabaran nak berhadapan dengan perangai customer yang macam haram. Tak reti cakap elok elok. Ada jugak customer yang baik gila. Kalau dapat customer baik tu memang bersyukur la. 

Apa yang aku boleh cakap kerja kat situ tak susah pun just penat la sebab kerja fast food kan. Kalau peak hour je memang tak cukup tangan tak cukup kaki. But afterall I honestly say I had so much fun with everyone there. My first friend, Amir. And then kenal dengan Ayuni, Atul, Miss Wani, Miss Mira. Terjumpa my long lost friend iaitu Radzlan and Syamil. Not to forget Kumar yang sentiasa kat dapur sebab dia tukang masak segala makanan and everytime dia pergi bar untuk minum air dia akan tanya aku, "hey, u ok?" 

Kerja situ memang setiap kali waktu makan mesti akan makan pizza. Sebulan kerja situ peh muak gila weh pizza. Tapi ada sekali tu waktu Chinese New Year kan ada satu pizza baru ni, Cheese Sang nama dia. Kitorang dapat makan benda tu free and baaanyak gilaaa. Tu advantage dia la kalau kerja fast food ni. Disadvantage dia, kau akan penat gila bapak.

Aku kerja situ tak lama pun. Sebulan lebih je sebab masa tu takde orang nak jaga adik adik aku kat rumah. Kalau aku kerja siapa nak jaga diorang kan. So aku pun resign la lepas sebulan. Dapat la jugak gaji kan. 

My pizza partner

<3

No comments:

Post a Comment