Trip to Kuala Lumpur

20/1/2018 - 23/1/2018

Haiii assalamualaikum :) Back with meee hehehe. So macam yang dijanjikan aku kata aku nak cerita apa yang jadi sepanjang 2018 kan. Aku try nak habiskan semuanya by today la kalau boleh sebab kalau dah habis nanti aku bolehla cerita pasal my current life kan. Takkan nak throwback je manjang.

Jadi marilah kita mula ye. So trip ni sebenarnya Haziqah dengan Aimi yang plan. Then diorang cari orang la kan takkan nak pergi berdua je ye dak. Cari punya cari alhamdulillah total yang pergi 9 orang. Mungkin bagi korang takde la ramai sangat kan tapi bagi aku sangat ramai!! Sebab aku rasa tak pernah lagi kot pergi trip dengan kawan ramai ramai. Ni first time la ni.

So pagi 20/1 tu aku dengan Haziqah gerak pergi rumah Syida. Disebabkan parents aku kerja so aku memang takde choice la, aku naik grab pergi rumah Syida. Jauh gila weh dari PG nak ke Bandar Baru Uda tu. Duit grab jangan cite ah memang mahal nak mampus hahahah. First time aku naik grab sorang tau, takut tu ada la jugak tapi aku cam bersangka baik je aku doa la driver tu tak bawak aku pergi tempat pelik pelik. And alhamdulillah selamat sampai rumah Syida. Selepas kejadian itu aku semakin berani ye untuk naik grab sensorang huhuhu.

Sampai rumah Syida tu mak dia suruh aku sarapan eventhough kat rumah tadi dah sarapan tapi makan jela kan. Tak lama lepastu Haziqah pulak sampai. Long short story, settle apa semua tu kitorang pun gerak la pergi KL. Parents Syida yang hantar kitorang.

 
Dua gambar ni masa dalam kereta la hahahah memasing muka. 

Lupa nak bagitau, kitorang gerak bertiga je. Lagi 5 orang gerak naik bas. Kitorang plan nak berkumpul kat apartment Aimi masa dah sampai. Aimi memang dah dekat KL dengan family dia.
Bila semua dah sampai tu kitorang pun fikir cemana nak sumbat 9 orang ni dalam satu bilik. Nasib baik muat weh kalau tak haa aku volunteer tidur kat ruang tamu la jawabnya.

 
Ni view dari tingkap bilik kitorang 

Esok paginya iaitu 21/1 kitorang punya la semangat bangun pepagi sebab nak pergi Suway Lagoon. Awal gila weh pukul 8 kitorang dah sampai sana. Padahal bukak pukul 10. Memang kena sidai la 2 jam kat situ before boleh masuk. So ni gambar sebelum masuk.

 
 
Sepanjang kena sidai before boleh masuk Sunway Lagoon

Bila dah boleh masuk tu kitorang tak terus tukar baju. Kitorang jalan jalan dulu tengok tempat tu and ambik gambar. Biasa la kan perempuan kan memang suka ambik gambar. 




Selepas itu kami pun apalagi kan mestila dah excited nak main air so pergi la tukar baju. Ramai gila weh kat toilet sumpah macam sardin hahahah. Nasib baik mampu survive.



Actually theres still sooo many photos tapi banyak sangat pulak kalau nak letak kan

Enough for that day. Kitorang kat situ sampai petang then malam tu kitorang keluar sekejap pergi Pavillion sebab dekat sangat dengan apartment. 


Dan selepas itu kami pun tidur la sebab penat gila dari pagi. 
Esoknya kitorang pergi jalan jalan dekat KLCC. Last pergi KLCC seingat aku masa aku darjah 1 tu pun sebab pergi lawatan sekolah agama. 

Tinggi tinggi KLCC, tinggi lagi cinta saya pada awak cia cia ciaaa

  


Dah puas posing kat luar tu kitorang pun masuk la sebab lapar iler weh. Kitorang pun pergilah makan 4 Fingers for the first timeee. Maklumlah kat Johor mana ada kan. 

It's a bad tudung day by the way hahahah tapi aku macam tak kisah pun masa tu tapi bila tengok gambar balik baru aku macam aihhh ruginya tudung buat hal 

Disebabkan benda ni macam dah lebih setahun lepas so aku macam tak berapa nak ingat la apa je kitorang buat. Yang aku ingat kitorang lepak situ kejap je then balik apartment semula. Petang tu ada makan chicken chop yang Aimi buat. Bukan chicken chop je, banyak gila makanan mak dia masak. 

Hari yang sama tu jugak 5 orang tu balik. Anis, Hawaniss, Bear, Aqilah dengan Nisa balik PG naik bas. Kitorang teman Aimi stay apartment. So malam tu kitorang pun pergi Pavillion lagi untuk makan and tengok wayang. 

Ni makan Dip n Dip for the first time jugak and Syida belanja! Sedap weh makanan kalau orang yang belanja ni serious hahahahah

Masa ni mall dah tutup sebab dah pukul 11 lebih kot. Baru habis tengok wayang masa ni

23/1 was our last day staying in KL. Pagi tu kitorang pergi rumah Zulaikha saje nak ziarah gitu. Then mak Zulaikha hantar kitorang pergi IKEA sebab kitorang nak jalan jalan situ. Masa kat rumah Zulaikha tu kitorang makan cookies brownies. Serious sedap gilaaaa. Kat IKEA tu cam biasa la buat macam rumah sendiri an. Pastu kita gi makan ice cream dekat Magnum Cafe. 

Gambar Aimi je yang cantik so aku post yang ni la hehe


Ni gambar last kitorang ambik before gerak pergi TBS. Pukul 3 macam tu kitorang gerak dari TBS ke Larkin. Aku balik dengan Haziqah and Aimi. Berkejar jugak la kitorang masa tu sebab cam terlambat tapi nasib baik sempat tau. Macam tulah cerita dia, nice start of 2018 for me. Im having so much fun during the 4 days. Looking for more trips with my friends! 

No comments:

Post a Comment